Sunday, January 28, 2007

Maal Hijrah

Harapnya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru...untuk semua dan diri sendiri..setahun yang berlalu, macam -macam yang berlaku..yup terlalu banyak. Kehilangan demi kehilangan makin dirasai...bertemu dengan orang baru dan kehilangan teman -teman lama..

Tuesday, October 31, 2006

Erti syukur sebenar

Diriwayatkan Rasulullah itu sembahyang malam sehingga bengkak belakang kakinya. Siti Aisyah bertanya : “kenapa sampai begitu sekali sembahyang kerana selama dulu dan kemudian telah diampun oleh Allah”

Rasulullah pernah bersabda “ Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur”.

Disini kita dapat ketahui kenapa rasul yang maksum itu pun bersujud kepada Allah, kerana ia bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Syukur itu sebenarnya bukanlah satu pengucapan semata-mata seperti yang kita lakukan kini. Syukur itu perbuatan oleh kita kepada Allah, maka itu barulah dikatakan syukur yang sebenar-benarnya.

Hendaklah di rasa dalam hatinaya akan nikmat Allah berikan kepadanya. Pemberian Allah itu sangat banyak, Allah jadikan mata kita , hidung kita , deria kita memberi rezeki kepada kita dan bermacam-macam lagi nikmat yang diberikannya. Oleh itu gunakan segala nikmat itu kejalan yang diredoi oleh Allah. Jika tidak kita itu kufur nikmat jika disalahgunakannya.

Kemudian setelah merasa akan semua itu hendaklah kita malu kepada Allah kerana memberi kepada kita semua itu dan hendaklah kita berkhidmat kepadanya pula iaitu mengerjakan perkara-perkara kebaikan, kebajikan dan perkara sunat.

Maka sembahyang itu melengkapkan kita dalam perbuatan, hati dan anggota kita ini sbg. Contoh : tangan menganggkat takbir kepada Allah, mulut dan lidah mengucap zikir kepadaNya, mata tidak memaling kepada yang lain begitu jua hati, kaki berdiri dan kepala bersujud kepadanya. Itulah yang sebenarnya bersyukur, bukan sekadar memberitahu dengan mulut sahaja.

Firman Allah S.W.T (maksudnya) " Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya(meliputinya)." Ibrahim:34

Sunday, October 29, 2006

Seadanya...


Tenang...setenang laut membiru di suatu senja. Terima seadanya..mengorak langkah membina impian yang baru! Syukur atas segala nikmatNya.. itulah selayaknya aku sebagai seorang hamba..

Saturday, October 28, 2006

Kesinambungan....

Assalamualaikum wbt...

Salam aidilfitri utk semua..
Blog ni dah lama ada tapi tidak diendahkan..kerana tumpuan hanya diberikan kepada blogdrive waktu.. tapi lantaran disalahagunakan oleh sesetengah pihak... uiks..sesuka ati je derang nak bergaduh dan bertekak kat situ... huh..rasa geram sgt..so selamat dah dikuburkan blog tu...
Adik marah gak....dia kata banyak sgt info dlm blog tu..but its ok.. i made blog tu..and i can make another one yg better than that...
So..sekarang dlm proses pnyelenggaraan...
huhu...memang sakit ati..tapi tak apala.Ada hikmah yg tersembunyi yg kita tak tahu kan..